PEMAIN kebangsaan Senegal, Gueye mendapat sokongan penuh negaranya atas tindakan tidak mahu menyarung jersi simbol pelangi. -FOTO Agensi
PEMAIN kebangsaan Senegal, Gueye mendapat sokongan penuh negaranya atas tindakan tidak mahu menyarung jersi simbol pelangi. -FOTO Agensi
Agensi

Paris: Pemain Paris St-Germain, Idrissa Gueye difahamkan enggan diturunkan bagi mengelak menyarung jersi simbol pelangi yang menyokong hak LGBT.

Bekas pemain tengah Aston Villa dan Everton berusia 32 tahun itu tidak hadir dalam perlawanan ketika mereka mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Montpellier.

Pengendali PSG, Mauricio Pochettino berkata hanya Gueye dari Senegal terlepas perlawanan kerana 'alasan peribadi.'

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dilaporkan sudahpun menghantar surat kepada Gueye untuk memberi penjelasan mengapa dia tidak hadir.

Sementara itu pemain Crystal Palace, Cheikhou Kouyate dan Ismaila Sarr dari pasukan Watford menulis dalam media sosial menyokong tindakan rakan sepasukan mereka di Senegal.

Kouyate menyiarkan gambarnya bersama Gueye di Instagram dengan kapsyen yang bertulis Gueye "lelaki sejati".

JERSI dengan simbol pelangi yang dipakai PSG ketika menentang Montpellier. -FOTO Agensi
JERSI dengan simbol pelangi yang dipakai PSG ketika menentang Montpellier. -FOTO Agensi

Manakala pemain sayap Watford, Sarr memuat naik gambarnya bersama Gueye dengan emoji hati dan kapsyen "100 peratus".

Bertindak balas terhadap kapsyen yang dimuat naik oleh Sarr, Watford mengulangi komitmen mereka terhadap kesaksamaan dan kepelbagaian dan berkata: "Ia termasuk kesediaan untuk menawarkan pendidikan lanjut dan sokongan kepada mana-mana pemainnya."

Pada sidang media yang berlangsung semalam, pengendali Crystal Palace Patrick Vieira berkata, jika pemain memuat naik sesuatu yang berkaitan dengan Gueye dia akan bercakap dengan mereka: "Saya akan bertemu dengan mereka dan berbincang dari hati ke hati," katanya.

Terdahulu PSG memaklumkan bahawa mereka 'sangat berbangga memakai jersi pelangi ini."

"Bintang bola sepak terbaik dunia berada di atas padang pada Sabtu dan menyatakan komitmen kepada kelab untuk memerangi homophobia dan semua bentuk diskriminasi," katanya.

Bagaimanapun tindakan Gueye disokong oleh ahli politik terkemuka di Senegal.

Presiden negara itu, Macky Sall menulis dalam Twitter berkata, kepercayaan Gueye sebagai seorang Muslim perlu dihormati.

Sementara Menteri Sukan Senegal, Matar Ba turut menulis bahawa tindakan Gueye disokong oleh seluruh rakyat negaranya dengan menyiarkan gambar pemain tengah itu menunaikan haji di Mekah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2022 @ 9:54 AM