Agensi

Doha: Pasukan The Three Lions adalah penjaring terbanyak di Qatar dengan 12 gol dan kini menggesa bintangnya untuk terus memburu gol seperti yang dilakukan ketika melakar kemenangan ke atas Iran, Wales dan Senegal.

Pengendali pasukan itu Gareth Southgate berkata: "Kami mencipta sedikit sejarah sepanjang empat setengah tahun lalu. Tidak semuanya baik. Tetapi itulah cabaran yang hebat.

"Apabila yang kami bincang sebelum bertemu Senegal adalah untuk memberi tekanan tanpa henti, tidak duduk di belakang jika kami di depan, memastikan kami kekalkan intensiti permainan kami.

"Jadi kami perlu melakukannya sekarang menentang juara dunia.

"Apabila anda melihat kembali kejohanan kami sebelum ini, anda lihat pasukan yang menumbangkan England.

"Jadi itu ujian seterusnya untuk pasukan ini."

Namun Southgate percaya rekod England pada perlawanan sebelum ini menyaksikan mereka bersedia untuk pertembungan dengan Perancis.

The Three Lions mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia, kemudian mara ke final Euro 2020, menewaskan Jerman sebelum tewas kepada Itali menerusi sepakan penalti.

Southgate, 52, menambah: "Terdapat banyak pengalaman yang sudah ditempuhi setakat ini dan pemain tahu mereka perlu memenangi perlawanan dengan cara berbeza, mereka perlu bangkit dari ketinggalan dalam perlawanan besar."

Jurulatih England, Gareth Southgate. FOTO AP
Jurulatih England, Gareth Southgate. FOTO AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2022 @ 12:09 PM