GIMENEZ (kanan) terpaksa diketepikan menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara. FOTO AFP
GIMENEZ (kanan) terpaksa diketepikan menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pertahanan Atletico, Jose Gimenez akan terlepas aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Manchester City awal pagi Rabu selepas mengalami kecederaan.

Gimenez terpaksa dikeluarkan pada separuh akhir ketika Atletico memenangi perlawanan La Liga ke atas Alaves semalam dan tidak akan menyertai skuad yang berkunjung ke Manchester.

"Jose Maria Gimenez tidak berada dalam skuad merah putih yang berkunjung ke Manchester.

"Pertahanan Uruguay itu terpaksa dikeluarkan di hujung saingan ketika menentang Alaves berikutan mengalami kecederaan," kata Atletico dalam satu kenyataan.

Ketiadaan Gimenez memberi tamparan besar buat Atletico, yang akan menentang City di Stadium Etihad sebelum aksi timbal-balik di Wanda Metropolitano minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 11:00 PM