TUCHEL (tengah) pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Liverpool. -FOTO Reuters
TUCHEL (tengah) pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Liverpool. -FOTO Reuters
Reuters

London: Jurulatih Chelsea Thomas Tuchel menjangkakan tiada perubahan terhadap pengurusannya ke atas juara Eropah itu selepas pemilik Roman Abramovich mengumumkan untuk berundur daripada mengendalikan kelab itu berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

"Saya fikir ia tiada apa yang akan berubah berhubung tugas saya setiap hari. Itulah yang saya faham," kata Tuchel selepas pasukannya tewas dalam penentuan penalti penuh dramatik 11-10 kepada Liverpool pada perlawanan akhir Piala Liga di Wembley.

Abramovich adalah salah seorang ahli perniagaan paling berkuasa di Rusia pada Sabtu lalu berkata, dia akan memberikan pengurusan kelab itu pemegang amanah yayasannya ketika desakan semakin berterusan untuk kerajaan Britain merampas pemilikan kelab itu sebagai tindak balas keputusan Presiden Rusia, Vladimir Putin menyerang Ukraine.

Tuchel berkata, dia biasanya berkerja rapat dengan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dan penasihat teknikal dan prestasi kelab, Petr Cech.

"Saya rasa tiada apa yang berubah selepas berita semalam," kata pengendali Jerman itu.

Sementara itu Tuchel mempertahankan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga yang dibawanya masuk menggantikan Edouard Mendy ketika tambahan masa berdepan Liverpool.

Idea asalnya ialah menggunakan sepenuhnya kepakaran milik penjaga gol Sepanyol itu ketika penentuan penalti tetapi dia gagal melakukannya sebelum menyepak tinggi melepasi gawang.

"Agak teruk buatnya hari ini kerana hanya dia terlepas penalti itu, tapi saya tidak menyalahkannya."

"Tetapi itu sahaja. Kami tidak boleh menyesal," kata Tuchel.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Februari 2022 @ 10:30 AM