Pemain Manchester United, Scott McTominay meraikan jaringan menentang Aston Villa pada saingan Piala FA pagi ini. FOTO EPA
Pemain Manchester United, Scott McTominay meraikan jaringan menentang Aston Villa pada saingan Piala FA pagi ini. FOTO EPA
AFP

Manchester, United Kingdom: Manchester United mara ke pusingan keempat Piala FA selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Aston Villa pagi ini.

Gol tunggal perlawanan itu dihasilkan menerusi jaringan awal Scott McTominay.

Pemain kebangsaan Scotland itu menanduk masuk jaringan buat tuan rumah lapan minit selepas perlawanan bermula namun Villa hampir mengecewakan lawan dengan beberapa peluang menarik dan kontroversi VAR yang menafikan jaringan penyamaan menerusi Danny Ings pada babak kedua.

Pengendali sementara United, Ralf Rangnick terdesak memerlukan kebangkitan selepas minggu sibuk di kem United susulan aksi buruk ketika tewas 0-1 di tempat sendiri kepada Wolves.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 7:04 AM