Ralf Rangnick (kiri) memberi arahan kepada Bruno Fernandes ketika aksi Piala FA menentang Aston Villa. FOTO EPA
Ralf Rangnick (kiri) memberi arahan kepada Bruno Fernandes ketika aksi Piala FA menentang Aston Villa. FOTO EPA
AFP

Manchester, United Kingdom: Ralf Rangnick mengakui Manchester United jauh daripada sempurna walaupun menang 1-0 mengatasi Aston Villa untuk mara ke pusingan keempat Piala FA.

Scott McTominay menanduk masuk gol tunggal perlawanan selepas hanya lapan minit namun Villa gagal memanfaatkan beberapa peluang dan kecewa dengan keputusan VAR yang menafikan jaringan penyamaan Danny Ings pada babak kedua.

Pengendali sementara United, Ralf Rangnick terdesak memerlukan kebangkitan selepas minggu sibuk di kem United susulan aksi buruk ketika tewas 0-1 di tempat sendiri kepada Wolves.

Pengendali sementara, Rangnick terdesak untuk membalas berikutan keadaan tidak tenteram di kem United selepas persembahan longlai tewas 1-0 di laman sendiri berdepan Wolves sebelum ini.

Satu daripada keputusan perlu diambil pengendali Jerman itu ialah Cristiano Ronaldo tidak cergas untuk bermain.

Bagaimanapun tidak banyak perubahan dilihat dalam aspek persembahan mereka walaupun mara ke pusingan keempat dan akan menanti kehadiran Middlesbrough.

"Untuk mengatakan ia adalah perlawanan sempurna, tiada siapa akan percaya. Sudah tentu ia tidak," kata Rangnick.

"Kami masih memerlukan beberapa perkara yang boleh dilakukan dengan lebih baik tetapi kemenangan bersih adalah penting hari ini dan kami saling berkerja sama.

"Masih terdapat banyak perkara yang boleh diperbaiki tetapi ia lebih mudah untuk melakukannya dengan kemenangan 1-0 ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 9:18 AM