MAGUIRE mungkin terlepas aksi pertama separuh akhir Piala Liga berdepan Manchester City. FOTO REUTERS
MAGUIRE mungkin terlepas aksi pertama separuh akhir Piala Liga berdepan Manchester City. FOTO REUTERS
Reuters

PERTAHANAN Manchester United Harry Maguire mungkin terlepas aksi pertama separuh akhir Piala Liga berdepan Manchester City awal pagi Rabu ini selepas cedera dalam aksi Piala FA hujung minggu ini, kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire, yang dibawa masuk oleh United dengan nilai 80 juta pound (RM430.2 juta), mengalami pelanggaran pada separuh masa pertama ketika seri 0-0 di Wolverhampton Wanderers tetapi bermain selama 90 minit.

Solskjaer memberitahu beliau tidak pasti sama ada Maguire cukup cergas untuk aksi di Old Trafford.

“Kami hampir membawanya keluar pada separuh masa pertama tetapi dia terus bermain,” kata Solskjaer.

“Kami tidak pasti jika dia patut teruskan tetapi yakin dia akan OK.”

Ketiadaan Maguire bermakna Solskjaer berdepan masalah membuat pilihan, dengan bek tengah Eric Bailly dan Marcos Rojo diketepikan dan United sudah kehilangan pemain tengah Paul Pogba dan Scott McTominay.

Solskjaer berharap Anthony Martial dan Jesse Lingard akan kembali untuk menentang City seleps terlepas aksi Wolves susulan masalah kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 12:01 PM