ZAHA (tengah) diharap dapat membantu Ivory Coast mencatat keputusan cemerlang di Piala Negara-Negara Afrika. FOTO AFP
ZAHA (tengah) diharap dapat membantu Ivory Coast mencatat keputusan cemerlang di Piala Negara-Negara Afrika. FOTO AFP
AFP

Abidjan: Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha dipanggil memperkuatkan skuad Ivory Coast untuk Piala Negara-Negara Afrika bulan depan.

Pemain berusia 29 tahun itu enggan untuk menyertai pasukan berkenaan November lalu namun jurulatih, Patricce Beaumelle menyenaraikannya bagi menyertai kejohanan itu yang bermula 9 Januari di Cameroon.

Senarai nama skuad berpengalaman itu turut disertai penyerang Ajax, Sebastien Halle dan enam pemain yang pernah menjulang trofi berkenaan buat kali kedua pada 2015, mereka termasuklah pertahanan, Serge Aurier dan Eric Bailly serta penyerang Max Gradel.

Ivory Coast akan memulakan kempen menentang Equatorial Guinea pada 12 Januari sebelum berdepan dua lagi aksi peringkat kumpulan bertemu, Sierra Leone dan Algeria.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 8:14 AM