PIERRE-Emerick Aubameyang. FOTO EPA
PIERRE-Emerick Aubameyang. FOTO EPA
Agensi

London: Arsenal melucutkan jawatan kapten daripada Pierre-Emerick Aubameyang dan dia tidak akan beraksi pada perlawanan bertemu West Ham awal pagi Khamis.

Penyerang itu diketepikan ketika Arsenal melakar kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Southampton selepas lewat melaporkan diri sebaik bercuti minggu lalu.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kini mengambil tindakan melucutkan jawatan kapten pemain berstatus bintang itu.

Arsenal menerusi satu kenyataan berkata: "Selepas melanggar disiplin minggu lalu, Pierre-Emerick Aubameyang tidak lagi menjadi kapten kelab kami.

"Dia tidak akan dipertimbangkan untuk beraksi perlawanan Khamis ini menentang West Ham United.

"Kami mengharapkan semua pemain terutamanya kapten kami, untuk menggalas tugas mengikut peraturan yang sudah ditetapkan dan dipersetujui.

"Kami akan memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan seterusnya."

Kapten Arsenal itu dibenarkan meninggalkan kelab minggu lalu bagi mengambil ibunya yang sakit untuk dibawa ke England.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 8:24 PM