Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo. FOTO EPA
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo. FOTO EPA
Agensi

London: Ejen penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan mula menawarkan khidmat pemain berusia 36 tahun itu kepada Paris Saint-Germain.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or mengikat kontrak dua tahun bersama Red Devils selepas kembali pada musim panas tetapi sudahpun dikaitkan untuk meninggalkan kelab yang berdepan masalah itu.

Sejauh mana Ronaldo akan dapat menyesuaikan diri dengan perancang Ralf Rangnick di Old Trafford, sekalipun dia dilaporkan tidak dapat diturunkan bagi pertembungan berdepan Crystal Palace, esok.

Dengan Paris Saint-Germain dikatakan gagal memujuk Kylian Mbappe menandatangani kontrak baharu, laporan El Nacional mendakwa bahawa Jorge Mendes menawarkan mereka peluang untuk menandatangani Ronaldo.

Tambah laporan itu kehadiran Rangnick di Man United mungkin menjadi sebab dalam karier Ronaldo berikutan bekas pengendali RB Leipzig begitu komited membentuk pemain muda.

Ronaldo menyinar ketika berdepan Arsenal semalam tatkala jaringannya memastikan dia menghasilkan gol ke 800 dalam karier sekali gus mengesahkan jaringan ke 12 musim ini dalam semua pertandingan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 11:21 PM