Advocaat kembali kemudi Belanda untuk persiapan Piala Dunia. FOTO AP
Advocaat kembali kemudi Belanda untuk persiapan Piala Dunia. FOTO AP
AFP

JURULATIH veteran Dick Advocaat kembali mengendali skuad antarabangsa Belanda, hari ini.

Beliau meletak sasaran untuk membentuk semula skuad itu secepat mungkin dan menyelamatkan harapan Piala Dunia negara itu beraksi di Russia, umum pegawai persekutuan bola sepak Belanda.

Advocaat, 69, mengemudi skuad itu untuk kali ketiga dengan mengambila alih daripada Danny Blind yang dipecat pada Mac lalu selepas Belanda tumbang 2-0 kepada Bulgaria.

Advocaat yang kini membimbing kelab Turkish Fenerbahce akan disertai oleh bekas bintang Belanda Ruud Gullit selaku pembantu jurulatih.

Advocaat sebelum ini mengendali skuad itu antara 1992 hingga 1994 dan 2002 hingga 2004.

Belanda yang tiga kali muncul naib juara Piala Dunia berdepan detik sukar sebelum ini untuk layak ke Euro 2016 di Perancis kini berdepan masa depan tidak beraksi pada Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 6:19 PM