Thiago Silva. FOTO Agensi
Thiago Silva. FOTO Agensi
Agensi

London: Chelsea dilaporkan merancang mengadakan perbincangan bersama Thiago Silva mengenai lanjutan kontrak pemain pertahanan itu di Stamford Bridge.

Pemain berusia 37 tahun itu menyertai kelab itu sejak 15 bulan lalu dan masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.

Silva dikaitkan dengan kepulangan ke Brazil bersama Fluminense untuk meneruskan kariernya namun pengurusan kelab juara Eropah itu dipercayai tidak berhasrat melepaskan pemain pertahanan tengah itu.

Chelsea dilaporkan merancang melanjutkan kontrak Silva hingga penghujung musim 2022-23 dan bekas pemain Paris Saint-Germain gembira untuk kekal di Stamford Bridge.

Pemain kebangsaan Brazil itu melakukan 12 penampilan buat skuad Blues dalam semua pertandingan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 9:49 PM