Drogba menjayakan klinik bergerak Unicef. FOTO Unicef
Drogba menjayakan klinik bergerak Unicef. FOTO Unicef
Agensi

PEMAIN legenda Chelsea, Didier Drogba akan membuat penampilan emosi apabila kembali beraksi di Stamford Bridge.

Drogba, 41 tampil untuk menjayakan perlawanan amal Unicef (Soccer Aid) 2019 bersama bekas kelabnya yang digelar The Blues itu.

Bekas penyerang handalan yang meraih 12 gelaran kejuaraan bersama Chelsea dijadualkan beraksi pada perlawanan itu pada 16 Jun depan.

Dia menjaringkan 164 gol ketika dua kali bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan kehadirannya pasti dinantikan di Bridge.

Drogba akan beraksi bersama pasukan pemain bintang dunia berdepan England dan dianggap pemain legenda dalam kalangan penyokong Chelsea.

Perlawanan di Stamford Bridge kali pertama diadakan di stadium itu selain Old Trafford sepanjang 13 tahun sejarah perlawanan amal berkenaan diadakan.

“Saya terharu kembali ke Stamford Bridge bermain bolasepak untuk Unicef,” kata Drogba.

“Saya mahu memastikan kanak-kanak serata dunia mendapat penjagaan kesihatan dan pendidikan sebaik mungkin yang sememangnya menjadi keutamaan Unicef,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 9:31 PM