BOLT dan Ronaldo. FOTO Agensi
BOLT dan Ronaldo. FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester United berdepan prestasi tidak menentu musim ini namun Usain Bolt tetap mempertahankan sumbangan besar penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo.

Menurut Bolt, Ronaldo banyak kali menyelamatkan Manchester United sejak ketibaannya di Liga Perdana.

Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Red Devils hambar dengan lima kemenangan, dua seri, empat kekalahan dalam 11 aksi pertama musim ini dan pengurus dari Noway itu mungkin dipecat jika pasukannya terus merosot.

Bolt yang juga legenda pecut Jamaica dan peminat setia Man United berpendapat kelab jika berpeluang sepatutnya membawa masuk Antonio Conte menggantikan Ole.

Juara Olimpik lapan kali itu turut menegaskan Ronaldo menjadi wira dalam kesemua kemenangan United setakat ini.

Bolt memberitahu The National News mengenai pengurus dari Itali: "Dia [Conte] ketika di Chelsea menang gelaran. Bersama Inter Milan juga muncul juara, begitu juga di Juve.

"Kemana sahaja dia pergi, dia menstrukturkan pasukan dengan sangat baik. Pada Januari, dia mungkin mendapatkan seorang atau dua pemain di Spurs dan di penghujung musim dia mungkin mendapatkan beberapa pemain yang lebih baik."

Bercakap mengenai pengaruh bintang Portugal itu di Old Trafford, dia berkata: "Kita perlu bangkit. Cristiano menyelamatkan kami dalam beberapa perlawanan. Seorang pemain terpaksa melakukan semua kerja. Kami tidak beraksi dengan baik dalam tempoh lama.

"Kami terlalu santai dan sangat perlahan. Ketika Alex Ferguson menjadi pengurus, kami perlu menang kerana dia mahukan anda memberikan kemenangan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 9:12 AM