Keadaan tempat duduk penonton yang runtuh ketika aksi Liga Belanda. FOTO EPA
Keadaan tempat duduk penonton yang runtuh ketika aksi Liga Belanda. FOTO EPA
AFP

The Hague: Tempat duduk penonton di NEC Nijmegen roboh selepas penyokong pasukan pelawat Vitesse Arnhem meraikan kemenangan 1-0, namun tiada kecederaan dilaporkan menurut media tempatan.

Bahagian bawah tempat duduk penonton runtuh selepas penyokong melompat serentak beberapa kali di hadapan pemain-pemain mereka sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan

"Tiada kecederaan dilaporkan. Saya terkejut. Banyak perkara yang terlintas di fikiran saya," kata presiden Nijmegen Wilco van Schaik.

Datuk Bandar Hubert Bruls yang menghadiri perlawanan berkenaan turut terkejut dengan insiden yang berlaku.

"Mujur tiada yang cedera. Saya mahu siasatan dijalankan secepat mungkin," kata Bruls.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Oktober 2021 @ 9:26 AM