Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Seramai 13 pelajar serta lima bukan pelajar ditahan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya petang semalam, berkata polis mengesan pembabitan pelajar Sekolah Menengah (SM) Andalas, SM Raja Mahadi, SM Shahbandar dan SM Kampung Jawa dalam geng berkenaan.

“Syabas STAFFOC @PDRMsia 13 pelajar,5 bukan pelajar disekitar Klang. Ramai lagi akan ditkap kerana terlibat dlm aktiviti geng 24. #GoPDRMGo.

“@PDRMsia kesan penglibatan pelajar2 SM Andalas, SM Raja Mahadi, SM Shahbandar, SM Kpg Jawa dlm aktiviti Geng 24, ” tulis Khalid dalam Twitternya.

Lima lagi bukan pelajar turut ditahan di sekitar Klang, Selangor kerana menganggotai kumpulan sama.

Khalid berkata, lebih ramai yang terbabit dengan aktiviti kumpulan Geng 24 akan ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 10:37 AM