Timo Werner (kanan) meraikan kejayaan meledakkan gol. -FOTO AFP
Timo Werner (kanan) meraikan kejayaan meledakkan gol. -FOTO AFP
AFP

London: Thomas Tuchel memberi amaran kepada Timo Werner bahawa dia perlu terus cemerlang selepas penyerang Chelsea itu meledakkan gol pertama di Liga Perdana sejak April untuk membantu kemenangan 3-1 pasukan itu ke atas Southampton yang beraksi 10 orang.

Werner menyelamatkan Chelsea daripada kekecewaan selepas berdepan minggu yang sukar apabila menembusi gawang enam minit selepas tamat perlawanan di Stamford Bridge.

Pasukan Tuchel diikat 1-1 selepas penalti James Ward-Prowse pada separuh masa kedua menyamakan kedudukan jaringan awal Trevoh Chalobah.

Ward-Prowse kemudianya dilayangkan kad merah 14 minit selepas tamat perlawanan kerana menjatuhkan Jorginho sebelum Werner menjaringkan gol hasil hantaran silang Cesar Azpilicueta.

Gol Ben Chilwell pada minit terakhir melengkapkan tiga mata penuh Chelsea dan melonjakkan pasukan itu sebagai pendahulu Liga Perdana, dua mata mengatasi pasukan di tempat kedua, Liverpool yang akan melayan kunjungan Manchester City hari ini.

"Kami semua lega, dia dan saya serta seluruh kelab. Setiap kali dia menjaringkan kami berasa ada keputusan VAR yang akan menidakkannya. Banyak keputusan yang sangat sukar," kata Tuchel.

Ia adalah kemenangan yang sangat diperlukan Chelsea selepas kekalahan berturut-turut kepada City dan Juventus.

"Ia adalah matlamat utama kami untuk terus menang. Satu lagi perkara dia sentiasa ada di sana ketika dia diperlukan.

"Kami gembira dan lega kerana dia menjaringkan gol. Dia harus terus berusaha dan banyak lagi perkara perlu diperbaiki.

Tuchel melakukan lima perubahan dalam skuad itu selepas tewas 0-1 kepada Juventus, Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 12:06 PM