ANTARA aksi PDRM FC dan Kuching City FC. FOTO Ihsan MFL
ANTARA aksi PDRM FC dan Kuching City FC. FOTO Ihsan MFL
Rizar Mohd Noor


Pasir Gudang: PDRM FC menyekat hasrat Kuching City FC untuk mencatat kemenangan selepas mengikat keputusan seri 0-0 pada aksi Liga Perdana di di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), hari ini.

Keputusan seri itu juga membolehkan Negeri Sembilan FC (NSFC) layak ke saingan Liga Super musim depan selepas Kuching City yang berbaki lima perlawanan tatkala mengumpul 18 mata tidak mampu untuk memintas NSFC yang menghimpun 35 mata dan berbaki dua perlawanan.

Pada pertembungan itu, seawal minit ke-10 kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pengadill perlawanan, Ideris Untong melayangkan kad nerah kepada pemain KCFC, Mazwandi Zakaria dan pemain PDRM FC, Mohamad Nabil Ahmad Laprti selepas masing-masing melakukan kekasaran.

Peluang terbaik tuan rumah mencipta gol hadir pada minit ke-24 selepas Irwan Syazwin Wahab yang tidak dikawal merembat bola kencang namun tiang gol kiri menjadi penghalang ketika penjaga gol, Muhd Asri Muhamad sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Wan Rohaimi Ismail terlepas peluang membuka tirai jaringan pada minit k-49 selepas bola sepakan percuma Azrie Reza Zamri sekadar melewati palang gol.

Malah sepanjang 50 minit perlawanan tiada percubaan yang mengundang bahaya buat kedua-dua pasukan dan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 7:32 PM