RONALDO mahu cari cabaran baharu.
RONALDO mahu cari cabaran baharu.
Agensi

London: Cristiano Ronaldo mula mengosongkan almarinya di Juventus dan memberitahu kelab itu dia enggan lagi bermain untuk mereka, menurut laporan media.

Media mendedahkan Manchester City sedang berunding dengan ejen bintang Portugal itu mengenai perpindahan lewat Ronaldo selepas skuad Pep Guardiola gagal mendapatkan Harry Kane.

City sedia mendapatkan pemain berusia 37 tahun itu dengan perpindahan percuma jika Juventus mengurangkan harga ditetapkan £25 juta (RM143.59j) dan Ronaldo boleh menerima gaji kurang daripada £500,000 (RM2.87j) seminggu yang dimintanya.

Menurut Sky Sports Italia, Ronaldo tidak akan bermain menentang Empoli, Ahad ini selepas dia mengosongkan almarinya di padang latihan kelab dalam usaha keluar dari Juventus.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu mahu meninggalkan Turin ketika kontraknya berbaki 10 bulan manakala Juventus pula sedia melepaskan Ronaldo bagi mengurangkan beban kewangan di kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 2:32 PM