RONALDO dikaitkan dengan perpindahan ke Man City. FOTO AFP
RONALDO dikaitkan dengan perpindahan ke Man City. FOTO AFP
AFP

Milan: Cristiano Ronaldo sudah mengambil keputusan untuk tidak mahu beraksi lagi bersama Juventus, dedah jurulatih Massimiliano Allegri hari ini ketika khabar angin semakin bertiup kencang bintang Portugal itu akan berhijrah ke Manchester City.

"Semalam Ronaldo beritahu saya bahawa dia tidak mahu lagi beraksi bersama Juventus. Atas sebab inilah dia tidak terpilih untuk beraksi esok," kata Allegri kepada wartawan menjelang aksi Serie A bertemu Empoli esok.

Juara Liga Perdana, City dikaitkan dengan perpindahan pemenang lima gelaran Ballon d'Or winner itu selepas gagal mendapatkan khidmat kapten England, Harry Kane.

Terdahulu, Juventus mengesahkan Ronaldo tidak akan menjalani latihan bersama rakan sepasukan dengan Sky Sport Italia melaporkan penyerang itu tiba di pusat latihan Continassa pada sebelah pagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya sebelum meninggalkan tempat itu.

Semalam Sky mendakwa kapten Portugal itu sudah mengemas barang di bilik persalinan di sebalik Allegri dan pengarah kelab, Pavel Nedved kedua-duanya menegaskan minggu lalu bahawa Ronaldo akan kekal di Turin.

Malah Allegri memberitahu wartawan bahawa Ronaldo ada memberitahunya secara peribadi mahu mahu kekal di Juventus.

Menurut Gazzetta Dello Sport, perpindahan Ronaldo ke City mungkin akan dapat dilengkapi dalam tempoh 24 jam dengan jendela perpindahan pemain akan berakhir Selasa ini.

Yuran perpindahan Ronaldo mungkin satu-satunya masalah ketika ini dengan Juventus dipercayai mahukan sekitar 25 juta euro (RM123 juta).

Ronaldo yang masih berbaki kontrak setahun di Juventus, turut dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan kembali bersama Real Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 8:34 PM