KEKALAHAN England menjadi tajuk utama berita di England. FOTO Agensi
KEKALAHAN England menjadi tajuk utama berita di England. FOTO Agensi
Agensi

London: Harapan England untuk memenangi trofi utama yang pertama dalam tempoh 55 tahun beraksi dengan kekecewaan apabila mereka tewas kepada Itali di final Euro 2020 dan perkara itu menjadi tajuk berita utama di halaman surat khabar di England.

Itali memenangi Kejuaraan Eropah pertama sejak 1968 selepas Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menewaskan Gianluigi Donnarumma untuk penentuan sepakan penalti.

"Semuanya berakhir dengan tangisan," tajuk utama Daily Mail manakala Daily Telegraph menyiarkan "Penderitaan penuh duka...penalti sekali lagi mengecewakan' disamping gambar jurulatih Gareth Southgate memujuk Saka, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti kelima.

"England pergi seperti kata lagu itu," tulis Martin Samuel di Daily Mail. "Rumah di Wembley yang penuh semangat.

"Mimpi itu sayangnya tidak menjadi kenyataan kerana kenyataan yang diterima menyakitkan, apa yang disajikan hanyalah permainan bola sepak yang lama."

Di sebalik kekecewaan di atas kekalahan England, ada juga pujian diberikan kepada Southgate yang pernah berdepan peristiwa yang sama kegagalan skuad England dalam penentuan penalti ketika Euro 96.

"Namun ia satu episod yang berbeza. Selama empat minggu terakhir ini dan selepas kekalahan di Russia pada 2018, pasukan muda Southgate memberi petanda yang menyenangkan menjadi tonik kepada kebangkitan negara itu yang boleh dijadikan bahan bualan yang menggembirakan.

Sementara itu kapten England, Harry Kane terpaksa menenangkan isterinya, Kate selepas kekalahan mengecewakan skuad The Three Lions menerusi sepakan penentuan kepada Itali pada final Euro 2020 di Wembley.

Impian Kane untuk menjulang kejuaraan berkenaan dan sekali gus mengakhiri penantian selama 55 tahun England musnah apabila Itali muncul juara dengan kemenangan 3-2 dalam sepakan penentuan selepas aksi 120 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 1:59 PM