Bintang England, Jack Grealish hanya dimasukkan sebagai pemain gantian. FOTO Agensi
Bintang England, Jack Grealish hanya dimasukkan sebagai pemain gantian. FOTO Agensi
Agensi

London: Jack Grealish mendedahkan dia benar-benar mahu mengambil sepakan penentuan penalti pada aksi final membabitkan England, selepas dituduh tidak berani memikul tanggungjawab itu.

Skuad Three Lions tumpas 2-3 kepada Itali menerusi penentuan penalti di hadapan penyokong sendiri di Wembley.

Pemain muda Arsenal, Bukayo Saka gagal menyempurnakan penalti penting selepas Marcus Rashford dan Jadon Sancho turut gagal berbuat demikian.

Peminat England tertanya-tanya kenapa bintang Aston Villa itu tidak mengambil sepakan selepas dimasukkan pada masa tambahan, dengan penyerang itu mengundang kritikan daripada penganalisis sukan ITV, Roy Keane.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu, tampil menjelaskan di Twitter: "Saya mahu mengambil salah satu daripadanya!!!"

Tapi kapten Villa tetap patuh dengan pilihan Gareth Southgate terhadap pemain yang akan mengambil sepakan penalti.

Tambahnya: "Pengendali itu melakukan banyak keputusan tepat sepanjang kejohanan ini!

Grealish mendedahkan keinginannya untuk mengambil sepakan penalti selepas Keane bekas pemain tengah Manchester United menuduh dirinya dan Raheem Sterling antara pemain senior yang tidak mahu mengambil tanggungjawab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 10:52 PM