Penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland. FOTO Agensi
Penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas pemain tengah Chelsea, Emmanuel Petit menyeru skuad Blues agar menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland.

Peledak Norway itu menjadi buruan kelab utama Eropah selepas dia menjaringkan 41 gol dalam 41 penampilan buat gergasi Jerman musim lalu.

Haaland bukan pilihan yang murah buat Chelsea, yang membelanjakan lebih £200 juta bagi perpindahan pemain musim panas lalu selepas mengharungi dua jendela sekatan dengan pemain muda meningkat kepada £120 juta.

Bagaimanapun, Petit membayangkan Thomas Tuchel untuk mencari peledak yang tepat, dan memberitahu: "Saya menyatakan dengan ringkas. Olivier Giroud dalam proses keluar dari Chelsea, Tammy Abraham dijangka pergi sebagai pemain pinjaman dan Timo Werner masih bergelut untuk menjaringkan gol secara konsisten dan Kai Havertz bukan penyerang tunggal.

"Chelsea perlukan penyerang baru dan seseorang yang menjaringkan gol yang banyak. Erling Haaland adalah jawapannya. Dia kuat, bertenaga dan muda dengan masa depan cerah menantinya. Nilai Haaland sudah cukup tinggi, dan hubungan dengan Tuchel meningkatkan peluangnya untuk menyertai Chelsea.

"Sejujurnya, dia mungkin menjadi penyelesaian yang diperlukan Chelsea. Saya dapat bayangkan hubungannya dengan Mason Mount, Havertz, Christian Pulisic dan Hakim Ziyech membuatkan dia meledak lebih banyak gol di Stamford Bridge. Chelsea perlukan penyerang utama, hanya itu sahaja."

Haaland menyertai BVB pada Januari 2020 dan sudah meledak jaringan menakjubkan iaitu sebanyak 57 gol dalam 59 penampilan di kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 10:59 PM