Erling Braut Haaland meraikan jaringan kemenangan Dortmund berdepan Hoffenheim dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
Erling Braut Haaland meraikan jaringan kemenangan Dortmund berdepan Hoffenheim dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Berlin: Mesin peledak Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan untuk memastikan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Hoffenheim dalam saingan Bundesliga.

Hoffenheim menyamakan kedudukan dua kali menerusi Christoph Baumgartner dan Munas Dabbur pada minit ke-90 selepas jaringan pembukaan pemain muda Dortmund, Giovanni Reyna dan Jude Bellingham.

Bagaimanapun, Haaland memastikan pungutan tiga mata buat Dortmund apabila meledak gol keenam musim ini pada minit ke-91 perlawanan.

Haaland kini menjaringkan 63 gol dalam 64 perlawanan sejak menyertai Dortmund pada Januari 2020.

"Dia adalah mesin, sukar untuk memperkatakan mengenai penyerang itu tapi dia memberikan kami kemenangan dan ia adalah sangat penting." kata pemain tengah dari England, Bellingham kepada DAZN selepas kemenangan dramatik itu.

Dortmund kembali melakar kemenangan selepas kekalahan mengejut minggu lalu di Freiburg.

"Saya fikir kami beraksi baik berdepan Freiburg, tapi kami mempunyai peluang hari ini dan memanfaatkannya - hari yang gembira," tambah Bellingham.

"Kami menyumbat dua gol, yang kurang daripada kemampuan, tapi kami menunjukkan watak, sekalipun ia sering kali dikritik."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 7:43 AM