Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland (kanan) meraikan jaringan dalam aksi Bundesliga. FOTO AFP
Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland (kanan) meraikan jaringan dalam aksi Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Berlin: Borussia Dortmund menjangkakan cabaran sengit di Besiktas pada awal pagi Khamis, di mana penyerang kelas dunia Erling Braut Haaland dijangka berusaha menambah jaringan ke 20 peribadinya di Liga Juara-Juara.

Musim lalu, Haaland mencipta rekod sebagai pemain termuda yang melakar sejarah meledak jaringan ke 20 di Liga Juara-Juara membabitkan 14 perlawanan.

Musim ini penyerang berusia 21 tahun meledak 13 gol untuk Norway dan Dortmund, termasuk dua jaringannya membantu kemenangan 4-3 di Leverkusen, Sabtu lalu di mana jurulatih lawan Gerardo Seoane menyifatkan Haaland pemain bertaraf dunia.

"Ia akan menjadi satu lagi perlawanan penuh emosi. Peminat kelab Turki semestinya, tetapi kami mempunyai sebab untuk mengatasi Besiktas," kata pengarah lesen pemain Dortmund, Sebastian Kehl.

Haaland dijangka terus menyinar dalam Liga Juara-Juara, di mana dia meledak 12 gol dalam 10 perlawanan buat Dortmund selepas menjaringkan lapan gol dalam enam perlawanan buat kelab terdahulunya, Red Bull Salzburg.

Manchester City, Real Madrid, Manchester United, Chelsea dan Paris Saint-Germain kelab utama Eropah yang memburu khidmat pemain itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 10:45 PM