JARINGAN Jordan Henderson (dua kiri) yang dibatalkan ketika bertemu Republik Czech. FOTO AFP
JARINGAN Jordan Henderson (dua kiri) yang dibatalkan ketika bertemu Republik Czech. FOTO AFP
Agensi

London: Gareth Southgate bergantung kepada perancangan sepakan penalti yang sentiasa menghancurkan impian England sebelum ini menjelang aksi bertemu Jerman tengah malam esok.

Skuad Three Lions hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan menerusi penentuan penalti di pentas antarabangsa sebelum Southgate membimbing pasukan.

Southgate sendiri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti penting ketika tewas kepada Jerman pada saingan Euro 96, adalah pengendali yang berjaya membantu England melakar dua kemenangan berturut-turut menerusi penentuan penalti.

Eric Dier muncul wira ketika melakar kemenangan dramatik ke atas Colombia pada pusingan kedua Piala Dunia 2018.

Jordan Pickford juga dijulang ketika aksi penentuan tempat ketiga Liga Negara-Negara 2019 menewaskan Switzerland.

Southgate akan menggunakan pendekatan sama ketika England sedang melakukan persiapan untuk aksi kalah mati kali ini.

Beliau memberitahu ITV: "Kami memenangi dua perlawanan menerusi penentuan penalti.

"Jadi kami melalui proses yang sudah membuahkan hasil dan untuk persiapan kali ini, kami menggunakan pendekatan sama.

"Kami lebih fokus berlatih mengambil sepakan penalti pada minggu ini tetapi bukan baru memulakannya kerana ia sudah terlambat.

"Kami rasakan pemain memahaminya dan mereka akan lebih bersedia apabila beraksi pada perlawanan sebenar."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 8:15 AM