Pemain England, Phil Foden menjalani latihan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
Pemain England, Phil Foden menjalani latihan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
Agensi

London: Phil Foden berkata semua pemain England setuju untuk meniru gaya potongan rambutnya yang diilhamkan dari Paul Gascoigne jika mereka menang Euro.

Sensasi Manchester City menarik perhatian ramai menjelang kejohanan Eropah itu apabila tampil dengan gaya potongan rambut popular legenda England, Gazza ketika tampil pada Euro 96.

Foden sebaliknya mendedahkan skuad England bersetuju membuat gaya potongan rambut itu jika mereka menamatkan penantian 55 tahun bagi trofi utama bulan depan.

"Saya memberitahu kepada pasukan jika kami menang adakah mereka mahu memotong gaya rambut seperti saya dan mereka semua setuju," kata Foden kepada talkSport.

"Harap-harap jika kami memenanginya anda akan melihat semua orang dengan gaya potongan rambut sama, saya fikir Romania pernah melakukannya jadi saya mahu semua orang melakukannya, ia pastinya lucu.

"Sejujurnya ia adalah atas kemahuan saya sendiri. Saya mengambil keputusan untuk mengubahnya dan mendapat khidmat tukang gunting rambut yang saya gemar sejak sekian lama."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 9:49 PM