Jack Grealish (kanan) ketika beraksi buat England berdepan Wales pada perlawanan persahabatan semalam. FOTO Agensi
Jack Grealish (kanan) ketika beraksi buat England berdepan Wales pada perlawanan persahabatan semalam. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain tengah England, Jack Grealish berkata dia gembira apabila dibandingkan dengan pemain Three Lions yang digemari, Paul Gascoigne.

Grealish pemain Aston Villa adalah pemain terbaik perlawanan pada penampilan permulaan kesebelasan utama pertama antarabangsa berdepan Wales semalam.

Pemain berusia 25 tahun bertindak cemerlang di bahagian tengah sehingga menarik perhatian pemerhati bola sepak seperti Steve McLaren dan Martin Keown yang membandingkan gaya permainannya seperti Gazza, yang mencetak 57 kap bersama England dan menyinar pada Piala Dunia 1990 serta Euro 96.

"Saya sebenarnya tidak melihat diri saya sepertinya tetapi saya mahu menjadi seperti dia, dengan cara dia beraksi bola sepak," kata Grealish.

"Saya suka dibandingkan dengan Gazza. Saya fikir dia sememangnya ikon. Dia bersama Wayne Rooney, adalah antara salah seorang daripada pemain terbaik England sejak 30 tahun lalu.

"Terdapat ramai pemain yang hebat tetapi jika mereka berdua sebagai pilihan utama saya akan memilih Gazza."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 10:55 PM