Wayne Rooney
Wayne Rooney
Lomana LuaLua
Lomana LuaLua
Paul Gascoigne
Paul Gascoigne
Craig Bellamy
Craig Bellamy
Peter Crouch
Peter Crouch
Mario Gjurovski
Mario Gjurovski
Francisco Totti
Francisco Totti

Beberapa jam selepas kisah Wayne Rooney dijatuhkan Phil Bardsley dalam sesi latihan tinju di rumah penyerang England itu, dia meraikan gol ketiga Manchester United ke atas Tottenham dengan menumbuk ke udara beberapa kali dan kemudiannya rebah ke bumi. Selain Rooney, beberapa pemain lain juga muncul dengan gaya pelik meraikan gol masing-masing.

Eric Cantona

Dikenali dengan gaya selamba, Cantona meraikan jaringan ke atas Sunderland pada musim 1996-1997 dengan wajah tanpa ekspresi yang membuktikan dia bermain di tahap terbaik.

Marco Tardelli

Jaringan hebat pemain Itali itu pada final Piala Dunia 1982 hanya dibayangi reaksinya apabila dia berlari sambil melaungkan namanya seperti seorang anak kecil, mungkin terlalu teruja dengan kejayaannya itu.

Craig Bellamy

Bellamy terbabit dalam kekecohan sebelum perlawanan Liverpool di Barcelona apabila mengejar rakan sepasukannya, John Arne Riise dengan kayu golf. Mereka meramalkan pemain Wales itu akan meraikan jaringan dengan hayunan kayu golf dan itulah yang dilakukan Bellamy.

Diego Forlan

Forlan adalah antara penyerang paling digeruni di Sepanyol namun sebelum itu pernah mencuri tumpuan di Old Trafford. Dia membuka jersinya untuk meraikan jaringan ke atas Southampton, namun sukar untuk menyarungnya kembali. Dia terus berlari tanpa jersi, untuk mengekang asakan Southampton.

Stuart Pearce

Sewaktu perlawanan suku akhir Kejuaraan Eropah 1996 di antara England dan Sepanyol menuju ke peringkat penalti, Pearce melakukan rembatan kencang untuk menghapuskan bayangan kegagalan menyempurnakan penalti pada Piala Dunia 1990. Ekspresi wajahnya membuktikan segala-galanya.

Facundo Sava

Sava, penyerang Argentina, menyarung topeng Zorro dan berlari ke arah penyokong setiap kali menjaringkan gol sepanjang dua tahun di Fulham. Dia hanya menjaringkan tujuh gol.

Peter Crouch

Crouch dikenali kerana gerakan robot dalam pesta pra-Piala Dunia di rumah David Beckham pada 2006, mengulanginya di perlawanan persahabatan, apabila meraikan jaringannya ke atas Hungary dan Jamaica.

Mario Gjurovski

Gjurovski, pemain Macedonia yang ketika ini bermain dengan Muangthong United di Thailand, mempunyai gaya ringkas untuk meraikan gol termasuk menanggalkan seluar. Pengadil segera melayangkan kad merah kepadanya.

Jurgen Klinsmann

Klinsmann yang tiba di Spurs dengan reputasi pemain yang selalu menjatuhkan badan, membuktikan kehebatannya dalam perlawanan pertama menentang Sheffield Wednesday, menanduk masuk gol dan berlari ke arah penonton sambil menjatuhkan badan. Ia gaya yang ditiru semua pelajar sekolah selepas itu.

Pasukan Colombia

Pasukan Colombia bukan saja memberikan aksi menarik ketika Piala Dunia 2014, mereka juga mempunyai gaya menarik meraikan jaringan.

Edmilson Ferreira

Penyerang kelab Brazil, Atletico Mineiro, Ferreira menjaringkan gol ke atas pasukan jiran America-Belo Horizonte yang digelar Rabbits dengan membawa keluar lobak merah dari seluarnya dan mengunyahnya.

Lomana LuaLua

Raja akrobatik. LuaLua mampu melakukannya 10 kali berturut-turut namun, dilarang daripada meneruskannya apabila cedera sewaktu bermain dengan Portsmouth.

Paul Gascoigne

Pemain England didapati mabuk menjelang Euro 2006 apabila Gascoigne dan Sheringham dilihat meneguk minuman keras di kerusi doktor gigi.

Jadi apabila Gascoigne menjaringkan gol hebat ke atas Scotland di Wembley, sukar untuk mengelak daripada meraikan dengan gaya ‘kerusi doktor gigi’.

Francisco Totti

Legenda Roma berusia 38 tahun itu menjaringkan dua gol di Rome dalam perlawanan menentang Lazio yang berakhir dengan seri 2-1. Selepas jaringan kedua, dia berlari keluar padang untuk mencapai iPhone, mengambil gambar wajahnya dengan gaya itik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:05 AM