ARNAUTOVIC didapati bersalah mengkritik Egzon Bejtulai dan Gjanni Alioski. FOTO Agensi
ARNAUTOVIC didapati bersalah mengkritik Egzon Bejtulai dan Gjanni Alioski. FOTO Agensi
Agensi

Nyon, Switzerland: Penyerang Austria, Marko Arnautovic digantung satu perlawanan oleh UEFA selepas didapati bersalah kerana 'menghina pemain lain' pada perlawanan Euro 2020 Ahad lalu ketika mereka melakar kemenangan ke atas Macedonia Utara.

Arnautovic yang mempunyai darah campuran Serbia, terpaksa ditenangkan oleh kapten pasukan ketika David Alaba ketika dia meraikan gol lewat perlawanan.

Arnautovic kemudiannya mengkritik lawan Egzon Bejtulai dan Gjanni Alioski merujuk kepada hubungan pemain itu dengan keturunan Albania.

Arnautovic selepas perlawanan kemudiannya berkata "bukan rasis."

Pemain berusia 32 tahun itu didapati melakukan salah laku dengan UEFA tidak menganggap tindakannya itu sebagai diskriminasi.

Arnautovic dilahirkan di Austria dan bapanya dari Serbia memohon maaf menerusi Instagramnya atas tindakannya ketika meraikan gol itu.

"Dia menulis, "Ada beberapa perkataan yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh saya ketika perlawanan dan saya ingin memohon maaf terutama kepada rakan saya dari Macedonia Utara dan Albania.

"Saya ingin mengatakan sesuatu dengan jelas. Saya bukan rasis.

"Saya mempunyai kawan hampir dari seluruh negara dan saya memperjuangkan kepelbagaian. Setiap orang yang mengenali saya tahu perkara itu."

Perlawanan Austria yang seterusnya adalah menentang Belanda di Johan Cruyff sementara Macedonia Utara menghadapi Ukraine, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 9:46 PM