Kamil Glik meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan Robert Lewandowski ketika perlawanan Poland menentang Latvia. FOTO Reuters.
Kamil Glik meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan Robert Lewandowski ketika perlawanan Poland menentang Latvia. FOTO Reuters.
Reuters

POLAND mencatat kemenangan kedua dalam dua perlawanan awal kelayakan Euro 2020 selepas jaringan separuh masa kedua oleh Robert Lewandowski dan Kamil Glik memastikan kemenangan 2-0 ke atas Latvia pada aksi Kumpulan G, pagi ini.

Dalam satu lagi aksi kumpulan sama, jaringan hatrik Eran Zahavi memastikan Israel mencatat kemenangan, 4-2 ke atas Austria manakala Slovenia diikat seri 1-1 dengan pasukan Macedonia Utara.

Poland yang menewaskan Austria, 1-0 di gelanggang lawan dalam perlawanan permukaan mereka, mendahului kumpulan dengan enam mata daripada dua perlawanan.

Israel dan Macedonia Utara masing-masing mempunyai empat mata sementara Slovenia dua mata manakala Austria dan Latvia tiada sebarang mata.

Lewandowski hampir menjaringkan gol pada babak pertama dan terlepas tiga lagi peluang terbaik ketika penjaga gol Latvia Pavels Steinbors beraksi cemerlang menyelamatkan percubaan berbahaya lawan.

Gerakan menarik pemain pertahanan kiri, Arkadiusz Reca yang seterusnya melakukan hantaran berjaya ditanduk Lewandowski untuk gol pembukaan pada minit ke-76 sebelum Glik menjaringkan gol menarik pada minit ke-84.

Eran Zahavi jaring hatrik untuk Israel benam Macedonia Utara dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Euro 2020. FOTO AFP.
Eran Zahavi jaring hatrik untuk Israel benam Macedonia Utara dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Euro 2020. FOTO AFP.

Israel bangkit daripada ketinggalan menerusi gol awal Marko Arnautovic pada minit ke lapan permainan namun Zahavi melengkapkan kemenangan pasukannya menerusi jaringan hatrik dan Munas Dabur turut meledak gol menjadikan 4-1 sebelum Arnautovic menjaringkan gol saguhati kepada pasukan pelawat.

Sementara itu, jaringan Miha Zajc pada minit-34 memastikan Slovenia mendahului di Ljubljana sebelum Enis Bardhi menyamakan kedudukan buat Macedonia Utara.

Macedonia, memulakan kempen dalam kumpulan itu dengan mengalahkan Latvia, 3-1 di gelanggang sendiri minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 10:14 AM