KETENANGAN Kjaer dipuji. FOTO AFP
KETENANGAN Kjaer dipuji. FOTO AFP
AFP

Rome: Simon Kjaer bukan hanya sekadar kapten buat Denmark, pemain pertahanan itu dipuji apabila menjadi penyelamat yang menyelamatkan nyawa rakan pasukan dan juga kawan karibnya Christian Eriksen.

Ketika Eriksen tumbang, sebelum separuh masa pertama tamat sewaktu perlawanan menentang Finland di Euro 2020, masa seakan terhenti di Copenhagen.

Kjaer yang berada di tengah padang berlari ke hadapan untuk berada di sebelah Eriksen, menstabilkan kepalanya dan membuka mulut untuk membolehkannya bernafas.

Tindakan yang dilakukannya sebelum pegawai perubatan tiba untuk memberi bantuan pernafasan kepada pemain berusia 29 tahun yang mengalami serangan jantung itu berjaya menyelamatkan nyawa Eriksen.

Tindakan pantas bek tengah AC Milan itu bukan satu yang mengejutkan kepada siapa yang mengenali Kjaer.

"Dia memilik ketenangan yang mengagumkan, kami menyaksikan reaksi hebatnya pada hari Sabtu" kata Jean-Michel Vandamme membeli Kjaer dari bekas kelab Perancis Lille pada 2013.

"Dia seorang kapten yang hebat.

Ketika doktor tiba, Kjaer turut sama melangkah untuk mengawasi rakan sepasukannya yang terkejut dan menangis.

Isteri Eriksen, Sabrina Kvist Jensen berlari masuk ke padang kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku terhadap suaminya, Kjaer sekali lagi bersama dengan penjaga gawang Kasper Schmeichel, memainkan peranan untuk meyakinkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 11:34 PM