MANE (kiri) enggan bersalaman dengan Klopp. FOTO Agensi
MANE (kiri) enggan bersalaman dengan Klopp. FOTO Agensi
Agensi

London: Sadio Mane dilihat enggan bersalaman dengan Jurgen Klopp selepas Liverpool melakar kemenangan ke atas Manchester United, hari ini.

The Reds menewaskan seteru utama mereka itu 4-2 di Old Trafford sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik liga.

Mane, 29, gagal mempamer aksi cemerang di depan gol musim ini dan diketepikan dalam kesebelasan utama perlawanan hari ini sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian minit ke-74.

Dia meraih peluang terbaik apabila berdepan satu lawan dengan dengan Dean Henderson namun akhirnya gagal memperdaya penjaga gol lawan itu.

Mane dilihat jelas tidak gembira dengan aksinya di sebalik Liverpool meraih tiga mata penuh.

Kamera Sky Sports sempat merakamkan detik di mana Klopp cuba untuk bersalaman dengan Mane selepas tamat perlawanan namun tidak dipedulikan pemain itu.

Klopp pada sidang media menjelaskan apa yang berlaku adalah berkaitan dengan pemilihan pemain untuk pertemuan dengan United.

"Semalam saya melakukan keputusan yang lewat dengan memilih Diogo Jota. Itu saja, semuanya baik-baik saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 9:15 PM