MANE (tengah) jaring gol pertama Reds. FOTO/AFP
MANE (tengah) jaring gol pertama Reds. FOTO/AFP
Reuters

STOKE, England: Jaringan separuh masa pertama Sadio Mane dan dua gol sumbangan pemain gantian, Mohamed Salah pada babak kedua menyaksikan Liverpool menang 3-0 ke atas Stoke City, awal pagi tadi dalam usaha mereka untuk menduduki empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 26 mata daripada 14 perlawanan, ketinggalan dua mata di belakang Arsenal yang menduduki tempat keempat dan tiga mata di belakang Chelsea ketiga.

Pengurus pasukan, Juergen Klopp, memuji Salah selepas penyerang dari Mesir itu dimasukkan pada minit ke-67 dan menunjukkan aksi terbaiknya.

“Terima kasih ucapan paling tepat untuk Salah kerana dia masuk pada waktu yang tepat.

“Ia perlawanan yang bagus di tempat lawan. Kami berhak memenangi perlawanan ini dan sangat gembira dapat meraih tiga mata penuh,” kata Klopp.

SALAH jaring dua gol selepas dimasukkan pada minit ke-67. FOTO/AFP
SALAH jaring dua gol selepas dimasukkan pada minit ke-67. FOTO/AFP

Mane meledak gol cantik pada minit ke-17 selepas pertahanan Joe Gomez dan Dominic Solanke mengawal bola dengan baik dalam kawasan kotak penalti yang kemudian disempurnakan oleh Mane.

Bagaimanapun penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet kemudian dilayangkan kad kuning kerana melakukan terjahan ke atas pemain lawan di luar kotak penalti dengan Klopp mempertahankan keputusan pengadil itu.

“Saya tidak fikir ia memihak kepada Mignolet kerana dua pertahanan berada ketika situasi itu dan dia bukanlah pemain terakhir,” kata pengendali dari Jerman itu.

Menggantikan Solanke, Salah menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-77 selepas menerima hantaran cantik dari Mane.

Salah kemudian pantas memanfaatkan peluang kesilapan lawan melakukan hantaran ke belakang dengan melakukan larian solo menewaskan penjaga gol lawan, Lee Grant minit ke-83.

PEMAIN Stoke, Xherdan Shaqiri (kiri) melepaskan sepakan percuma. FOTO/AFP
PEMAIN Stoke, Xherdan Shaqiri (kiri) melepaskan sepakan percuma. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 9:36 AM