POGBA tetap turun beraksi walaupun berpuasa. FOTO EPA
POGBA tetap turun beraksi walaupun berpuasa. FOTO EPA
Agensi

London: Paul Pogba mengakui tidak mempunyai kesan rasa sakit ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Sepertimana umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa bermula pertengahan April lalu sehingga pertengahan bulan ini, Pogba juga tidak terkecuali memenuhi tuntutan agama Islam itu.

"Saya sudah biasa dengannya. Sudah sekian lama saya berpuasa," kata bintang Manchester United itu.

"Saya mempunyai pakar pemakanan di sini yang membantu apa yang perlu dimakan dan apabila menjalani latihan, mereka memberikan saya sesuatu seperti protein.

"Berpuasa juga tidaklah terlalu menjejaskan susuk otot saya. Bagi saya semua masih dalam keadaan baik.

"Saya bertuah kerana cuaca tidak begitu panas. Jadi saya dapat menyesuaikan diri dengannya.

"Berpuasa tidaklah terlalu sukar. Amalan ini adalah untuk kebaikan, jadi segala-galanya berjalan dengan baik."

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu berkata, dia sama sekali tidak akan mengabaikan untuk menjalani ibadah itu meskipun kadangkala berdepan kesukaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 12:20 PM