MESSI berdepan penggantungan aksi antarabangsa jika Barcelona menyertai ESL. FOTO AFP
MESSI berdepan penggantungan aksi antarabangsa jika Barcelona menyertai ESL. FOTO AFP
Agensi

London: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mengetuai barisan kesebelasan terbaik pemain akan berada dalam Liga Super Eropah (ESL) yang berkemungkinan bakal berdepan penggantungan tidak dapat beraksi di Piala Dunia.

Sebanyak 12 kelab gergasi di Eropah akan beraksi dalam saingan liga yang tidak menggunakan sistem penyingkiran.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dikenali sebagai 'Big Six' melengkapkan separuh daripada 12 pasukan beraksi di kejohanan bernilai £4.6 bilion (RM26.4 bilion) diperuntukkan oleh JP Morgan.

Enam lagi pasukan adalah Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona, Inter Milan, AC Milan dan Juventus.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyelar perancangan kejohanan berkenaan, di mana pemain yang menyertai ESL mungkin berdepan penggantungan aksi antarabangsa.

Ini bermakna ramai pemain terbaik dunia berkemungkinan tidak akan beraksi di Piala Dunia dan Euro.

Selain Ronaldo dan Messi, beberapa lagi pemain ternama berdepan penggantungan berkenaan termasuk penjaga gol, Jan Oblak, pertahanan, Sergio Ramos, Virgil van Dijk.

Manakala tengah pula Bruno Fernandes, Mohamed Salah, Kevin De Bruyne dan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 9:10 PM