Peminat bola sepak Itali di Milan turut membantah isu ESL. FOTO Agensi
Peminat bola sepak Itali di Milan turut membantah isu ESL. FOTO Agensi
AFP

Paris: Liga Super Eropah (ESL) berkata mereka akan memikirkan cara untuk membentuk semula kumpulan itu selepas penarikan diri semua enam kelab dari England.

"Memandangkan situasi semasa, kami akan mempertimbangkan langkah terbaik untuk membentuk kembali projek," kata liga berkenaan dalam satu kenyataan.

ESL direka oleh gergasi bola sepak Eropah bagi memastikan pendapatan daripada perlawanan biasa berdepan satu sama lain tanpa risiko layak bagi kumpulan 15 pengasasnya.

Reaksi terhadap perancangan itu semakin meningkat dengan ahli politik dan pihak berkuasa bola sepak mengancam mengambil tindakan undang-undang berdepan pasukan digelar "dirty dozen" yang diberitahu mereka bakal berdepan penggantungan daripada kejohanan domestik dan benua.

Hanya Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus masih terbabit dalam projek berkenaan.

Chelsea, Manchester United, Liverpool, Arsenal, Tottenham dan Manchester City masing-masing sudah mengumumkan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam liga berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 11:42 AM