MBAPPE menjadi sasaran utama Real Madrid. FOTO AFP
MBAPPE menjadi sasaran utama Real Madrid. FOTO AFP
Agensi

Paris: Kylian Mbappe dilaporkan sudah membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama Paris Saint Germain (PSG).

Sebaliknya bintang Perancis itu lebih berminat untuk beraksi bersama gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez mensasarkan untuk mendandatangani Mbappe serta seorang lagi pemain bintang, Earling Haaland selepas berakhir hujung musim ini.

Malah perbincangan bersama kedua-dua pemain itu sedang berjalan ketika ini dalam usaha untuk meyakinkan mereka berdua menjelang jendela perpindahan pemain.

Mbappe yang juga penyerang PSG, masih belum menurunkan tandatangannya untuk menyambung kontrak baru bersama kelab itu dan sering dikaitkan dengan Real Madrid.

Kontrak Mbappe akan berakhir pada 2022 dan jika dia tidak memperbaharui kontrak dalam tempoh beberapa minggu ini, PSG bersedia mendengar tawaran daripada pasukan lain dan termasuk daripada Real.

Perez tidak akan terus mengadakan perbincangan bersama Mbappe sehinggalah PSG meletakkan tanda harga ke atas pemain itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 8:44 AM