Agensi

London: Presiden Real Madrid, Florentino Perez berpendapat Kylian Mbappe berasa kesal selepas membuat keputusan kekal di Paris Saint-Germain .

Mbappe dilaporkan hampir berpindah ke Madrid selepas kontraknya di PSG tamat pada Jun tetapi sebaliknya bertukar fikiran dengan menerima lanjutan kontrak tiga tahun di ibu kota Perancis itu.

Perez sebelum ini menegaskan Mbappe yang menyisihkan juara LaLiga dan juara Eropah itu bukanlah karakter sama yang mahu dibawanya ke Los Blancos.

Ketua Madrid itu ketika menemui penyokong kelab semalam sekali lagi memberi komennya mengenai tindakan Mbappe.

"Kesian dia, Mbappe pastinya kesal ketika ini," kata Perez ketika ditanya penyokong mengenai pemain antarabangsa Perancis itu.

Mbappe mempamerkan aksi cemerlang musim lalu dengan meledak 28 gol dalam saigan liga, jumlah yang hanya dipintas penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski (35).

Mbappe sekali lagi menjadi harapan PSG pada musim 2022-23 dalam misi memburu gelaran Ligue 1 kesembilan dalam tempoh 11 musim.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 12:22 PM