MBAPPE bersama jersi yang tertera nombor 2025 menandakan tempoh lanjutan kontraknya. FOTO AFP
MBAPPE bersama jersi yang tertera nombor 2025 menandakan tempoh lanjutan kontraknya. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Wartawan Sepanyol, Jose Felix Diaz menggelar Kylian Mbappe sebagai 'pengecut' dan 'bukan lelaki sejati' selepas penyerang PSG itu mengelirukan berjuta-juta penyokong yang meramalkannya akan menyertai Real Madrid.

Masa depan pemain berusia 23 tahun itu menjadi topik perbualan sejak beberapa minggu lalu kerana kontraknya bersama PSG akan berakhir pada musim panas ini sekali gus ramai percaya dia akan menyertai Real Madrid.

Walaupun Real Madrid sudah memenuhi segala syarat yang ditawarkan oleh kelabnya sekarang, Mbappe mengumumkan keputusannya untuk menyerahkan masa depannya kepada PSG sebelum perlawanan menentang Metz.

Diaz berang dengan keputusan Mbappe untuk kekal bersama kelab Ligue 1 itu kerana dia berasakan pemain berusia 23 tahun itu tidak menepati kata-katanya selepas berkata 'ya kepada Real Madrid'.

Akibatnya, dia membidas Mbappe apabila menyatakan penyerang itu 'akan menjadi pemain yang hebat, tetapi tidak akan menjadi lelaki yang hebat'.

Bercakap secara langsung di TV Sepanyol, Diaz berkata: "10 hari yang lalu anda menyatakannya. Mereka menghantar baju kepada anda dan anda menerimanya untuk hari lahir anda.

"Anda menafikan laporan yang terbukti benar. Mbappe, anda bukan ahli sukan. Anda tidak mengotakan kata-kata anda. Anda bukan lelaki sejati. Ia sangat jelas.

"Kenapa? Kerana anda sudah mengelirukan berjuta-juta orang, bukan sahaja Florentino Perez. Hanya dua minggu yang lalu atau 10 hari lalu, anda berkata 'ya'.

"Kemudian, anda sangat pengecut sehingga tidak menelefon, hanya menghantar mesej. Anda seorang lelaki yang tidak menepati kata-kata.

"Anda akan menjadi pemain yang hebat, tetapi tidak pernah menjadi lelaki yang hebat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 9:40 PM