SOLSKJAER mahu barisan pemainnya kembali fokus bertemu Everton. FOTO AFP
SOLSKJAER mahu barisan pemainnya kembali fokus bertemu Everton. FOTO AFP
AFP

London: Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United perlu kembali fokus selepas membelasah Southampton 9-0 sekali gus enggan terbawa-bawa dengan kemenangan besar itu.

United memperoleh tonik terbaik selepas membelasah skuad bimbingan Ralph Hasenhuttl di Old Trafford, Selasa lalu.

Jumlah jaringan itu menyamai rekod kemenangan 9-0 ke atas Ipswich pada 1995 dan Leicester memalukan The Saints musim lalu.

Solskjaer berkata, adalah amat penting untuk melihat keputusan perlawanan itu dalam konteks yang tepat selepas pelawat hanya beraksi dengan 10 pemain hampir keseluruhan perlawanan sebelum kehilangan seorang lain pemain pada lewat permainan.

"Pemain melakukan perkara yang betul ketika itu dengan terus mengekalkan sikap yang bagus.

"Saya tidak fikir ada yang terbawa-bawa dengan jumlah jaringan itu kerana kami tahu bahawa kami beraksi menentang 10 pemain hampir keseluruhan permainan.

"Sudah pasti ia menurunkan semangat pihak lawan," kata Solskjaer.

Solskjaer berkata, tumpuan kini terarah kepada perlawanan seterusnya bertemu pasukan ketujuh liga, Everton pada awal pagi Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 11:21 PM