WOLVES bernasib baik kerana gol Vitinha (tengah) membolehkan mereka mencatat kemenangan tipis 1-0. FOTO AFP
WOLVES bernasib baik kerana gol Vitinha (tengah) membolehkan mereka mencatat kemenangan tipis 1-0. FOTO AFP
AFP

London: Nuno Espirito Santo Wolves bernasib baik dapat melayakkan diri ke pusingan lima Piala FA hasil gol tunggal Vitinha selepas mereka berhempas-pulas untuk mencatat kemenangan 1-0 ke atas pasukan amatur, Chorley.

Pasukan bimbingan Nuno bernasib baik daripada dimalukan selepas tampil dengan aksi kurang meyakinkan di Victory Park.

Percubaan jarak jauh Vitinha meletakkan Wolves di depan pada awal separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pasukan divisyen enam itu, iaitu satu-satunya pasukan dari bukan liga profesional yang masih kekal dalam saingan berkenaan, memberi tekanan kepada Wolves sehingga tamat perlawanan dan hampir mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Penjaga gol Wolves, John Ruddy menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya sebelum mereka mengesahkan tempat ke 16 terakhir dan akan berdepan pemenang di antara Southampton atau Arsenal.

"Mereka sangat teratur. Kami sepatutnya menggerakkan bola dengan pantas namun menang tetap menang. Mereka adalah lawan yang sukar," kata Nuno

Wolves gagal mencatatkan kemenangan dalam enam aksi Liga Perdanan Inggeris (EPL) dan Nuno melakukan enam pertukaran daripada aksi terakhir hujung minggu lalu ketika kalah kepada West Bromwich Albion.

Ketua pasukan Chorley, Scott Leather terpaksa mengambil cuti kerana dia bekerja sebagai jurutera dan bermain bola sepak secara separuh masa.

Kebanyakan rakan sepasukan Leather mempunyai tugas hakiki termasuk pengurus mereka, Jamie Vermiglio yang juga seorang guru besar sekolah rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 10:59 AM