Ketua jurulatih Wolves, Nuno Espirito Santo. FOTO AFP
Ketua jurulatih Wolves, Nuno Espirito Santo. FOTO AFP
AFP

London: Bos Wolves, Nuno Espirito Santo akan meninggalkan kelab itu selepas perlawanan terakhir Liga Perdana musim ini pada Ahad, umum kelab itu hari ini.

Nuno memimpin Wolves beraksi ke liga utama dari Liga Kejuaraan dan sehingga meletakkan pasukan itu di kedudukan stabil sepanjang empat musim di Molineux.

"Wolves mengesahkan ketua jurulatih Nuno Espirito Santo akan meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama selepas perlawanan menentang Manchester United pada Ahad," menurut kenyataan kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Mei 2021 @ 11:06 PM