Allardyce mempunyai trek rekod yang baik di Liga Perdana. FOTO Agensi
Allardyce mempunyai trek rekod yang baik di Liga Perdana. FOTO Agensi
Agensi

London: West Bromwich Albion mengumumkan pelantikan Sam Allardyce sebagai jurulatih baru pasukan itu dan ia adalah kelab kelapan buat pengendali berusia 66 di Liga Perdana.

Allardyce, memulakan karier sebagai jurulatih bersmaa West Brom pada 1989, mengikat kontrak selama 18 bulan.

Beliau sebelum ini berpengalaman mengendalikan Bolton Wanderers, Newcastle United, Blackburn Rovers, West Ham United, Sunderland, Crystal Palace dan Everton.

Beliau juga sudah mengendalikan 512 perlawanan dalam pertandingan dan merangkul Pengurus Terbaik Barclays sebanyak enam kali.

Pengarah Sukan dan Teknikal Albion Luke Dowling dalam laman web rasmi kelab itu: "Sam sudah membuktikan kemampuannya dalam Liga Perdana dengan trek rekod yang baik bagi setiap kelab yang dikendalikannya.

"Kami percaya dan paling penting Sam percaya kami mempunyai pemain yang berkualiti yang diperlukan untuk kelab bertahan di Liga Perdana.

Perlawanan pertama Allardyce adalah di tempat sendiri menentang Aston Villa Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 1:24 PM