ALLARDYCE harap Leeds kembali ke kancah EPL. FOTO Reuters
ALLARDYCE harap Leeds kembali ke kancah EPL. FOTO Reuters
Reuters

London: Leeds United mengumumkan pengurus Sam Allardyce tidak lagi bersama mereka atas persetujuan bersama selepas kelab itu tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Allardyce, 68, hadir untuk menyelamatkan kelab itu bulan lalu dengan hanya berbaki empat perlawanan tetapi Leeds menduduki tempat kedua terbawah, lima mata di belakang zon selamat dan enam mata di atas Southampton.

Ketika mengendalikan pasukan menggantikan Javi Gracia, Leeds tumpas tiga kali dan seri sekali.

Leeds berkata pengumuman mengenai pengganti bekas pengurus England itu akan dibuat dalam beberapa minggu akan datang.

"Ia satu penghormatan untuk menguruskan Leeds United, sebuah kelab yang hebat dengan peminat yang luar biasa, yang layak berada di EPL," kata Allardyce dalam satu kenyataan di laman web kelab berkenaan.

"Tetapi saya mendoakan kejayaan kelab ini pada masa akan datang dan berharap mereka kembali ke EPL, di mana mereka berhak berada."

Ketua Eksekutif Leeds United, Angus Kinnear mengucapkan terima kasih kepada Allardyce 'kerana cukup berani untuk masuk dan melakukan semua yang termampu untuk menyelamatkan mereka."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 8:11 PM