SAM Allardyce. FOTO AFP
SAM Allardyce. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Manchester City dilihat sukar untuk digugat dalam usaha mereka untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun juara bertahan itu tidak mahu mengambil mudah cabaran seterusnya di tempat sendiri menentang Leeds United, yang turut berjuang untuk mengelak daripada tersingkir di liga utama itu.

City kendalian Pep Guardiola merampas semula kedudukan teratas daripada Arsenal hasil kemenangan 3-0 ke atas West Ham United, awal pagi tadi dan kemenangan menentang Leeds akan melebarkan kelebihan mereka kepada empat mata sebelum perlawanan sukar bertemu Newcastle di tempat lawan.

Leeds ketika ini merosot di tempat ke-17 dengan 30 mata dan hanya di luar zon penyingkiran menerusi perbezaan gol.

Mereka melantik Sam Allardyce yang cukup berpengalaman selaku pengurus baharu kelab itu.

Allardyce sudah menyatakan bahawa beliau lebih berpengalaman dalam mengendalikan pasukan berbanding mana-mana pengurus di Liga Perdana termasuk Guardiola dan Jurgen Klopp dari Liverpool.

"Ramai mungkin berasakan saya sudah terlalu tua dan antik yang mana ia tidak benar sama sekali.

"Saya mungkin sudah berusia 68 tahun tetapi tiada sesiapa lebih berpengalaman berbanding saya termasuk Pep, Klopp dan Arteta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2023 @ 10:00 PM