KIMMICH (kanan) bakal menambah sengat di bahagian tengah Bayern. FOTO AFP
KIMMICH (kanan) bakal menambah sengat di bahagian tengah Bayern. FOTO AFP
AFP

Berlin: Pemain tengah Bayern, Joshua Kimmich mungkin akan kembali pada aksi Bundesliga menentang Bayer Leverkusen awal pagi Ahad ini selepas baru sembuh dari kecederaan lutut lebih awal dari jangkaan sebelum ini.

Menurut jurulatih, Hansi Flick, Kimmich sebelum ini dijangka berehat sehingga Januari selepas melakukan pembedahan kecil di bahagian lutut kanan selepas mengalami kecederaan ketika mengalahkan Borussia Dortmund 3-2 bulan lalu.

Bagaimanapun, Kimmich berjaya sembuh lebih cepat dari jangkaan dan semuanya kelihatan sempurna.

Flick berkata, semuanya berjalan lancar selepas Kimmich mengambil bahagian dalam latihan semalam.

Dia boleh diturunkan untuk aksi Ahad ini berdepan pendahulu liga, Bayer Leverkusen yang mendahului satu mata mengatasi Bayern di tempat kedua.

"Kita akan lihat bagaimana dia dapat sesuaikan diri dengan keadaan latihan selepas ini. Dia harus mengikut tahap kesihatannya dan membuat pertimbangan, selepas itu barulah kita akan membuat keputusan sama ada dia terbabit dalam aksi Ahad ini," kata Flick.

Bayern mencatat keputusan seri dalam dua aksi terakhir liga dan kehadiran Kimmich bakal meningkatkan lagi kekuatan di bahagian tengah yang berdepan masalah kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 1:38 PM