PEMAIN Sociedad meraikan jaringan ketika berdepan Granada. FOTO AFP
PEMAIN Sociedad meraikan jaringan ketika berdepan Granada. FOTO AFP

Madrid: Real Sociedad kembali menduduki tangga teratas La Liga selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Granada, yang mungkin akan dikenakan hukuman kerana kekurangan pemain skuad utama.

Nacho Monreal menjaringkan gol pada minit ke-22 dan Mikel Oyarzabal meledakkan sepakan penalti lima minit kemudian di Anoeta untuk membolehkan Sociedad kembali memintas Atletico Madrid, yang sebelum ini di puncak liga selepas mengalahkan Cadiz.

Atletico dibezakan dengan tiga mata namun masih mempunyai baki dua perlawanan.

Kekalahan bermakna Granada tergelincir ke tangga kelima, selepas kelab berkenaan diserang pandemik Covid-19.

Granada hanya memiliki tujuh pemain dari skuad utama dan menamatkan aksi dengan hanya empat pemain di atas padang, berbeza dengan peraturan La Liga apabila minimum pemain skuad utama perlu berada di atas padang ialah sebanyak lima pemain.

Ia masih lagi belum mempunyai kata putus sama ada La Liga akan mengambil tindakan, selepas mereka menolak permintaan Granada untuk menangguhkan perlawanan.

Pasukan bimbingan Unai Emery, Villarreal melonjak ke tangga kedua selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Getafe

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 12:20 PM