MESSI meraikan jaringannya. FOTO EPA
MESSI meraikan jaringannya. FOTO EPA
AFP

Madrid: Lionel Messi membuktikan dia cukup bernilai untuk Barcelona apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma namun Atletico Madrid terus menguasai La Liga selepas menewaskan Cadiz sekali gus selesa dengan kelebihan 10 gol di tangga teratas liga.

Aksi cemerlang Messi ketika Barcelona mencatat kemenangan 2-1 ke atas Athletic Bilbao berjaya ditandingi bekas rakan sepasukannya, Luis Suarez yang meledak gol cantik ketika membantu Atletico melakar kemenangan 4-2 ke atas Cadiz.

"Setiap perlawanan adalah langkah penting untuk mencapai mencapai sasaran ditetapkan diawal musim. Kami harus terus berusaha," kata Diego Simeone.

Kemenangan Barcelona sekurang-kurangnya mengekalkan momentum mereka manakala gol ke-650 Messi mungkin memberikan kepuasan kepadanya selepas kontraknya didedahkan secara terperinci akhbar Sepanyol, El Mundo.

El Mundo mendakwa kontrak Messi bermula 2017 menunjukkan dia memperoleh pendapatan 555 juta euro (RM2.7 bilion) dalam tempoh empat tahun sekali gus melabelkan kontrak itu menghancurkan Barcelona.

"Mereka melakukannya dengan niat buruk untuk menimbulkan masalah," kata jurulatih Barcelona, Ronald Koeman.

"Anda perlu menghormati pemain yang memberikan banyak sumbangan kepada bola sepak Sepanyol dan kelabnya.

"Saya tak nafikan ia boleh menjejaskan prestasinya di atas padang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 10:20 AM