JARINGAN Kulusevski (tengah) membolehkan Juventus meraih satu mata. FOTO AFP
JARINGAN Kulusevski (tengah) membolehkan Juventus meraih satu mata. FOTO AFP
AFP

Milan: Dejan Kulusevski dimasukkan sebagai pemain gantian berjaya menyelamatkan satu mata buat juara Serie A Juventus ketika menentang Hellas Verona di tempat sendiri.

Bintang Portugal Cristiano Ronaldo masih tidak dapat diturunkan selepas masih dikuarantin kerana Covid-19 dengan Juventus membuat persiapan untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Turin minggu depan.

"Kami perlu menunggu dan lihat pada separuh masa pertama, kami tidak agresif di bahagian tengah tapi tepat mempunyai peluang yang baik," kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

Pemain gantian Andrea Favilli meletakkan Verona di hadapan selepas 60 minit perlawanan namun penyerang Sweden, Kulusevski menyamakan kedudukan 13 minit sebelum tamat perlawanan.

"Pada separuh masa kedua selepas gol dari pihak lawan, pemain mula menunjukkan tindak balas tapi kami tidak perlu menampar muka untuk bangun.

"Apabila anda bermain menentang Verona ia sukar bagi semua orang tapi kami boleh melakukannya dengan baik."

Pirlo berdepan dengan pelbagai masalah sebelum melayan Barcelona, penyerang Leonardo Bonucci terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan paha manakala pemain veteran Giorgio Chiellini masih belum pulih.

Juventus kini di tangga kelima Serie A, tiga mata di belakang pendahulu AC Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 10:59 AM